Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Aturcara Ulang Tahun 25th Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Aturcara Ulang Tahun 25th Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Aturcara Ulang Tahun 25th Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang || Yes, World Kite Festival kini Kembali! Dah 25 Tahun rupanya festival ek! I am so excited sebab kali ni pasti lebih meriah! My favourite event saban tahun meskipun sesak sana sini ๐Ÿ˜‚ Best tengok layang layang bersaiz agak besar Dari seluruh Dunia dan beberapa Jenis wau yang menarik perhatian ramai. Makanan, minuman serta barangan lain pun semestinya banyak dijual kat sana!ย 

Festival Layang Layang Sedunia Pasir Gudang (FFLSPG) yang akan berlangsung mulai 22 Februari hingga 26 Februari 2023 kali ini julung-julung kalinya akan dianjurkan oleh Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan Majlis Pelayang Malaysia (MPM) melalui sokongan penuh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Tourism Johor dan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia. Segala aturcara sepanjang Festival, boleh scroll entri ni sampai habis, Nona share kat bawah bawah yer~

Alert! Nak dekat dah!ย 

Selain daripada makanan, minuman Dan barang seperti barang mainan, kasut, tudung, baju..ย  Pelbagai aktiviti menarik jugak diadakan khusus buat para pengunjung ๐Ÿ’• Mari kongsi sikit:

๐Ÿ•ต๐Ÿป Pertandingan Treasure Hunt๐Ÿ•ต๐Ÿป

๐Ÿ“† 26 Februari 2023

โฐ Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang

๐Ÿ“ Tempat: Astaka Diraja, Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor

Pertandingan Doodle Art ๐Ÿ–๏ธ

๐Ÿ“† 24 Februari 2023

๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna ๐ŸŽจ

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆKategori Keluarga: Seorang ibu/bapa & 2 orang anak berusia 4-17 tahun

๐Ÿ‘ง๐ŸปKategori Tahap 1: 7-9 tahun

๐Ÿ‘ฆ๐ŸปKategori Tahap 2: 10-12 tahun

๐ŸŽจPertandingan Mewarna๐ŸŽจ

๐Ÿ“† Kategori Keluarga: 23 Februari 2023

๐Ÿ“† Kategori Tahap 1: 25 Februari 2023

๐Ÿ“† Kategori Tahap 2: 25 Februari 2023

๐Ÿ“Œ Penyertaan adalah PERCUMA dan boleh mendaftar sebelum atau pada 20 FEBRUARI 2023, jam 5.00 petang.

๐Ÿ“Œ Pendaftaran & Syarat-syarat penyertaan adalah melalui KOD QR yang disediakan di poster ataupun melalui pautan yang disertakan.

Untuk persembahan artis sepanjang Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke 25 Tahun 2023:

22/02/2023 RABU

9.00 Malam

Artis DARKKEY

24/02/2023 JUMAAT

9.00 Malam

Artis APAK KHALIFAH DAN CHOMBI SYUNK I LOVE U

25/02/2023 SABTU

8.45 MALAM

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KE 25 TAHUN 2023

OLEH Y.A.B MENTERI BESAR JOHOR

26/02/2023 AHAD

9.00 Malam

Artis KUDIEN 3JUARA

Fuhh, ada Chombi lah! Hihi…ย 

Selain daripada aktiviti di atas, ada jugak pertandingan karaoke (Layangkasa Idol).Hashtagnya #voiceofkite ๐ŸŒน Ini pun kalau datang time malam, Nona suka duduk makan sambil dengar nyanyian dorang kalau takda aktiviti layang layang berlampu di malam hari…Hehe..ย 

Sekiranya tak nak join pertandingan nyanyian, bolehlah join pertandingan memancing pulak bagi yang meminati aktiviti memancing.. Ops, memancing ikan, bukan hati saya ๐Ÿ˜‚

Segala aturcara festival Layang layang, time pukul berapa berkibarnya layang layang, pertandingan naikkan wau Dan sebagainya, bolehlah scan code kat bawah. Meriah dengan pelbagai aturcara majlis sepanjang beberapa hari diadakan.. Tak sabarnya! ๐Ÿ˜ƒ

Nah, antara kenangan singgah FFLSPG sebelumni:


Ok, jemput datang lah yer ๐Ÿ˜ƒโœŒ๏ธ

Notakaki: Standby tenaga dan duit kalau datang Festival besar camni ๐Ÿค—

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *