Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Syoknya Breakfast Lontong Sedap kat Kopitiam Nona!

Syoknya Breakfast Lontong Sedap kat Kopitiam Nona!

Syoknya Breakfast Lontong Sedap kat Kopitiam Nona! || Eh!! Jejak jugak akhirnya! Dah lama berniat nak pergi lepas nampak rakan blogger makan sini. Maka dengan gigihnya pepagi bawak diri bersarapan ke sini nak rasai kesedapam menu yang ada. 

Sebenarnya kan, teringin nak bergambar dengan signboard tu jugak 🤭 Dalam 20 minit perjalanan dari rumah ke kopitiam. 

Kecik je tempatnya tapi penuh orang dari dalam sampai luar. Mujur dapat tempat jugak sebab nampak ada sorang akak tu makan sorang sorang then dia pun dah nak habis makan, kita duduk la menumpang situ. Haa.  Then apa aku order? Mari scroll slow slow tengok sarapan plus lunch aku untuk sorang makan😂 Jangan terkejut! 

Selfie dulu! Bukti hadir ✅


Menu menu yang menarik, bertepatan citarasa semua rakyat Malaysia! Hihi… 

Roti Titab. Atas roti ada kaya ngan telur separuh masak. Not bad 👍 Rasanya ni first time makan roti titab kat kedai. 

Lontong opah namanya, mintak dicampur dengan paru. Sedapnya weh!! Gila sedap! Paru tu tak liat, kuah tak ceroi, pekat dan ngam rasanya! Nasi lontong pun tak lembik. I love it! 

Habis aku makan tau walaupun dah telan roti titab tu.. Memula ingat nak rasa rasa je.. Then bawak balik.. Tapi bila dah duduk tu, mood nak makan terus kat situ sampai licin! Entah saka apa datang ni! Kahhh! Tapi makan sambil online, update itu ini ler.. Take time ber ‘ME TIME’ gitu. 

Syukurlah.. sedap nikmat yang diberi. 

Tak rasa nak minum kopi, so takda kopinya. Lol! Hahahaha.. Minum air suam je sebab dah makan memacam. Tak sanggup nak mengopi lagi. Harga bagi aku, standard kopitiam la. Not too murah but okay price nya. Then aku bungkuskan nasi lemak untuk adik. Besoknya baru dia cakap sedap, lain daripada biasa aku beli tu.. Haha.. Harga pun sesuai kesedapan. Haruslah! Hehehe

Suggested okay untuk korang bersarapan kat sini. One of kedai sarapan sedap dalam Johor Bahru ni tau. Yay, kenyang perut, baru sambung kerja lain 🤭 

Alamat Kopitiam Nona:

30, Jalan Nibong 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

Boleh refer FB dorang untuk info lain ya 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *