Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kucing Tidak Suka Minum Air? Ini Tips Untuk Korang

Kucing Tidak Suka Minum Air? Ini Tips Untuk Korang

Kucing Tidak Suka Minum Air? Ini Tips Untuk Korang | Lamanya cik en tak update blog kan. Sibuk sangat denga kerja hakiki. Hari hari balik lewat, sampai rumah settlekan hal di rumah dan dah mengantuk. Niat itu ada untuk kongsi banyak tips yang terlintas di kepala tapi nak cuba curi masa sangatlah susah. So untuk entri terbaru untuk tahun 2023 ini cik en nak kongsi beberapa tips pada kucing tidak suka minum air. Sebabnya ramai ada masalah ini dan bertanya di klinik.

Kucing Tidak Suka Minum Air? Ini Tips Untuk Korang

Kekurangan minum air memberi masalah kesihatan kepada kucing. Kucing akan dihidrasi dan akan memberi kesan kepada organ dalaman, tenaga dan kulit. Jadi sangat penting untuk korang cepat cepat cari jalan penyelesaian  untuk masalah ini. Jangan sampai berlaku masalah lebih teruk. Ini hanyalah senarai tips yang cik en kongsi dan korang bebas untuk sharing cara korang di ruangan komen. 

Sentiasa tukar air mereka

Ada sesetengah kucing ini sangat fussy dan jenis tak boleh kotor sikit, tercemar sikit dan macam macam lagi. Jadi cuba tukarkan air dalam bowl mereka sekali sehari. Mereka juga sukakan air fresh.

Banyakkan bekas minuman di sekeliling rumah

Korang boleh letak beberapa bowl di bahagian dapur, sebelah makanan mereka, tepi bilik air atau mana mana tempat yang berseuaian.

Tukar jenis bekas minuman

Antara tips yang cik en suka kongsi adalah menukarkan bekas minuman jenis plastik ke tembikar, gelas dan stainless steel. Ianya memberi effect air sejuk. Sangat berkesan jika musim panas.

Cat Fountain 

Sekarang dah banyak gadjet canggih untuk kucing kita. Cuba cari cat fountain dan mungkin dapat menarik minat kucing korang minum air. Air dari Cat Fountain ini seperti air tapis sebabnya ianya ada penapis dan dapat menapis kotoran. Nampak fresh. Boleh tengok contoh di Cat Fountain

Asingkan dari  Tempat Poo Dan Pee Mereka

Selalunya ianya berlaku di rumah yang terhad ruangannya. Jadi ada yang letak bersebelahan. Cuba tukar posisi ke bahagian dapur. Mereka juga macam kita. Takkan nak minum air di kawasan najis mereka kan.. 

Asingkan dengan bekas makanan 

Jika masih tak boleh, cubalah untuk asingkan dari tempat makanan mereka. Sejenis nak makan di Perak. Minum di Penang. hahahhaha. Boleh cuba cara ini. 

Makanan Basah

Cuba beri makanan jenis basah atau wet food. Ada juga yang jenis kering, jadi korang boleh campur dengan air untuk cuba buat kucing makan sambil minum. Jangan letakkan air dalam dry food. ianya kurang sesuai. 

Tambah sedikit rasa

Mungkin agak kelakar tapi ianya dapat membantu. Memberi rasa dapat menarik perhatian kucing. Korang nak letak nescafe ke, kopi ke, teh ke, strawberry ke tak kisah asalkan perasa yang kucing korang suka. Sebelum ada jadi pembaris, nescafe dan kopi adalah toxic pada kucing okey. Jadi cik en tak galakkan tapi klu sikit sikit dan dapat bantu tak ada masalah. Antara cik en suggest adalah air tuna atau korang boleh beli di Pet Seasoning

Ini antara tips yang cik en boleh kongsi.Harap dapat membantu korang okey! Dan terima kasih support www.nurfuzie.com

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *