Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kesian Jesnita!

Kesian Jesnita!

Kesian Jesnita! || Aku baru baru ni marathon drama Jesnita yang ditayangkan kat Astro tu terbitan Zeel Production. Setiap pukul 6 petang, Isnin sampai Jumaat. Tapi kalau dah terlepas, aku tengok kat Tik Tok part by part atau siaran ulangan. 

Kesian sangat the latest episod haritu, last week punya kisah. Si Jesnita (lakonan Intan Najuwa) diceraikan Rafael yang handsome tu (Yusuf Bahrin)! Then adik kandung dia pulak meninggal hari yang sama diceraikan! Weh… sedih dan kesian sangat… Bertimpa timpa dugaan melanda ek.. Dahlah takda ahli keluarga lain dah… 

Aku layan drama Jesnita sebab aku minat beberapa pelakon dalam cerita ni. Ada selit Che Ta!! Lakonan jahat oleh Nasha Aziz sebagai Syafinaz pun menjadik jahatnya.. Geram je… Slumber tarik rambut pekerja dia depan semua orang masa tu.. Fuhh! Malunya i rasa. Tapi takleh bla dengan rambut palsu yang dia guna dalam cite ni..  Hahaa.. Dia memang tamak dan dendam kesumat dengan ramai orang sekeliling dia. 

Memula aku fikir, Jesnita ni yang jahat so nanti dia lah yang dapat balasan.. sebab episod awal awal tu dia sombong gila.. Sampaikan warning laki dia kalau dah nak jatuh miskin, bagitau awal awal sebab dia tak nak hidup susah! Fuhhhh, statement Jesnita.. 

Kalau korang tengok cerita ni, boleh tahan banyak jugak isunya tentang dendam, amarah, dan cinta gitu.. Terselit pulak kisah anak ditukar masa kecik… Tak sure lah sapa buat kerja tu…Rasanya macam Fauzi, pemandu peribadi Syafinaz ni.. Eh peming betul!! Tak sabar nak tengok sambungannya.. Sekarang dah episod 30. Harini episod 31 dah. Total 40 episod ui! Sentiasa ternanti nanti scene seterusnya.. Okaylah. Jom tengok betul tak anggapan aku.. Huhu.. Korang ada yang layan ke drama Jesnita ni? Nah trailernya.. 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *