Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berbaloikah Harga RM38 'Resepi Warisan Meldrum Buffet Lunch' kat GBW Hotel kalini?

Berbaloikah Harga RM38 ‘Resepi Warisan Meldrum Buffet Lunch’ kat GBW Hotel kalini?

Berbaloikah Harga RM38 ‘Resepi Warisan Meldrum Buffet Lunch’ kat GBW Hotel kalini? ||  Haaa.. Soalan mengancam. Berbaloi ke tidakk? Lebih 10 menu ada termasuk desserts. Tidak terlalu banyak and tidaklah terlalu sedikit 😃  Nak makan  lunch dalam suasana hotel tapi murah dan sedap? Yes, Nona suggest tempat ni guys! 

Serious, kalau biasanya aku makan kat luar tiga empat lauk, ada masanya dah berbelas ringgit tau.. Belum termasuk aku beli desserts, sushi atau tambahan lain.. Mahu sampai rm50. Kat GBW Hotel, berulang kali aku makan dan menu pelbagai. Okay ke tak tu? Of course it is! Hehe.. Aku paling suka dengan kelembutan kambing Masak hitam kat bawah ni! Dua kali tambah makan kambing ni and Ayam Panggang Percik! 

Haritu lunch bawak mak sekali…Mak aku pun suka walaupun tak makan banyak , merasa ler makan dengan ulam ulam kegemarannya.. Kenyang terus sampai malam kau! Hehe!

Kambing Masak Hitam

Ayam Panggang Percik

Ikan Bawal Tiga Rasa

Tempura bercampur dengan keledek dan sebagainya.

Sedap!!! Krup krap! 

Telur Kerutuk

Ulam ulaman, rojak dan sayur kailan

Desserts

Air panas dan air sejuk disediakan. 

Ruang makan yang selesa dan bersih. Yes, kalau korang buat tempahan 15 Pax dan ke atas, boleh dapat FREE Cake yer berserta ruangan pentas secara FREE jugak.

Bagus betul lah GBW Hotel Johor Bahru ea! Murah dan harga yang mampu bila tengok promo ‘Resepi Warisan Meldrum Buffet Lunch’ ni 👍 Murah bukan setakat murah tapi murah yang berbaloi! 😄

RM38 (Dewasa) 

RM27 (Kanak-kanak/Warga Emas) 

AND sekali lagi saya nyatakan, kalau kita buat tempahan 15pax & ke atas, dorang bagi FREE 1/2kg kek. Lepastu, ruang pentas untuk menyambut hari lahir atau apa apa acara tu pun dorang bagi kita guna FREE jer.. Bebas ikut suka mu 😍

Oh yaa! Seperkara lagi, sempena perayaan Krismas yang bakal berlangsung nanti pun ada promo buffet menu tau, harga memang murah la ceritanya 🤩 

Festive Fiesta Christmas Buffet Lunch 

Date: 24-25 December (1200-2.30PM)

Adult: RM55 nett

Children/Senior Citizen (Above 60 years old): RM38nett

MELDRUM SIGNATURE CHRISTMAS EVE BUFFET DINNER

24/12/22 – Begins at 6.30PM

Adult: RM98 nett (Buy 5, Free 1)

Children (6-12 years) & Senior Citizen (Above 60 years old) : RM65 nett

Untuk maklumat lanjut, boleh contact:

Mr. Syahmi : +6016 710 0048 

Ms. Aiza : +6016 723 3558 

Ms. Urfa : +6016 710 0073

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *