Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

First Time Menikmati Hi Tea Buffet Lunch kat Causeway Cafe, St. Giles Southkey, Mid Valley Southkey, JB

First Time Menikmati Hi Tea Buffet Lunch kat Causeway Cafe, St. Giles Southkey, Mid Valley Southkey, JB

Chocolate Butter Pudding with Strawberry Sauce. 

Atas meja kami…

Ini sebahagian makanan yang aku ambil. Yang mana bentuk macam pizza but actually itu jenis Tempanyaki tau.. Kelihatan nipis macam Pizza… Hehe.. Cream of Chicken Soup with Garlic Crouton tu sedap sangat!!! Pasta Aglio Olio pun ngam rasanya. I loveee, love, loveee it! Rasa nak makan tu banyak kali tapi takut full sangat, so try menu lain yang banyak lagi kat sini… 

Butter pudding pun sedap bila dicampur kuah strawberry nya tu…Aduhai, meleleh balik air liur I! Fuhh..sangat menyelerakan ler!!!!! Lembut Dan berlemak kau!

Berhampiran dengan tempat sushi, terdapat LIVE Noodle corner. Kita boleh mintak dorang masak dan standby for us. Oh ya, aiskrim ada kat ABC Corner, sila cedok sendiri.. Hehe.. 

Kalau korang jenis nak kena ada nasi baru terasa lebih complete, kat sini disediakan menu Vegetarian Fried Rice, steamed white rice, and nasi Ayam Hainanese (with Roasted Chicken, duck, braised mixed vegetables with Superior Sauce, timun, tomato, halia, blended chili & Soy Sauce) Eh, mee goreng mamak pun ada ler! Menarik jugak menu berat yang disediakan. Makan la dengan apa apa lauk pauk yang ada. Mic and match your food 😁

Aneka minuman

Ruangan dalaman tapi aku pilih meja di tepi tingkap. Nak view awan gituh 😃

Eh ada badut haritu! Syoknya anak blogger Aleya tengok si Badut dan Minions.. Haha.. 

Overall, I love to be here. I love to eat here. Toilet pun ada je kat dalam tempat ni..tak perlu keluar Dari ruangan makan untuk ke toilet. Lepas habis Makan, sambung jalan ke Mid Valley pulak lah! Hehe… 

With them, JDT Blogger. Dari beliau yang berbaju pink ialah blogger Kak Aleya, Nona, Kak Suzie Dan Kak Azian

Harga seperti yang terteta dalam Facebook St. Giles:

RM88nett/adult

RM44 nett/child

Contact them at 07 336 8888 / [email protected]

Boleh book dekat link ni: 

Lokasinya bersebelahan The Mall MidValley Southkey. Senang cakap, kalau korang baru pertama kali nak ke hotel ini, terus jer waze ke The Mall MidValley Southkey, then cari ‘Gate 2 P1’. Lepas je palang masuk tu, akan ada papan tanda ke hotel ‘St. Giles’. Memang nampak Dan aku follow je sampai nampak pintu ke lobby hotel. 

Haaa, cari parking untuk kereta Dan boleh terus jalan kaki untuk ke lift ‘Hotel Lobby’ (Hotel dan shopping mall berkongsi kawasan parking yang sama dalam bangunan). Okay settle..Enjoy!!!!

If dah termasuk dalam Mid Valley, boleh try pergi sampai panggung wayang, then turun bebetul sampai level G, akan ada jalannya jugak.. 🤩 Okaylah, apa tunggu lagi… Ke sini ler hujung mingu nanti… Bawak orang yang tersayang merasai keenakan foods here 🥳

Nak tengok gambar lain, Nona ada share kat Facebook, boleh check Album.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *