Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Wajah Berminyak Sering Cuci Muka? Apa Kata Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai?

Wajah Berminyak Sering Cuci Muka? Apa Kata Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai?

 

Wajah
Berminyak Sering Cuci Muka? Apa Kata Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai? || Hai semua! Korang jenis yang
menjaga kulit muka tak? Atau terbiar je tanpa penjagaan rapi? Bagi yang memang
menjaga kulit wajah, pasti korang sedia tahu bahawa rutin penjagaan muka
haruslah dimulakan dengan mencuci muka menggunakan pencuci muka. Lebih-lebih
lagi Malaysia ni memang ada time cuacanya panas sampai kulit menjadi lebih
berminyak. Lagi lah tak boleh ketinggalan rutin mencuci muka, kan. Risau jika
tidak dibersihkan kotoran tersebut, ianya bakal menyumbat pori muka sehingga
menumbuhkan jerawat atau jeragat atau lelain masalah. Jadik di sini Nona nak
tanya, berapa kalikah sepatutnya kita kena mencuci muka? Dan cleanser macam
mana yang sesuai digunakan?

Muka
bila baru bangun tidur, certain part terasa berminyak, certain part pulak
kering

Nah, seharusnya
mencuci muka sebanyak dua kali dalam sehari iaitu pagi sewaktu baru bangun dari
tidur dan waktu malam sebelum tidur atau selepas balik dari kerja kerana kulit
kita ni pasti menghasilkan sebum (minyak) di sepanjang hari. Walaubagaimanapun,
depends juga pada jenis kulit kita dan keaktifan kita dalam mendedahkan kulit
muka terhadap sinaran UV atau makeup. Ada orang jenis kulit kering, sensitif
mahupun berminyak. So masih ada perbezaan berkenaan kekerapan mencuci muka.
Namun begitu, jangan terlalu kerap sangat mencuci muka kerana bimbang kulit
menjadi bertambah kering.

Ketahuilah
jika terlalu kerap mencuci muka, ianya boleh menanggalkan minyak semulajadi
yang penting pada muka kita. Nona sendiri pun pernah mencuci banyak kali dalam
sehari sebab tak suka tengok muka terlalu berminyak, dan fikir kena lah selalu
mencuci muka supaya muka jadi kurang berminyak tapi tak lama lepastu, kulit
jadi bertambah tambah kering pulak! Aduhhaii! Nona sure ramai jugak yang fikir
macam Nona ni.. Betul tak? Hm, so how kalau tak boleh terlalu kerap mencuci
muka? Nak kena buat apa?

Haaaa, apa
kata pilih pencuci muka yang sesuai? Bagaimana memilih cleanser? Sebelum
bertindak, ketahui dulu jenis-jenis kulit.

Jenis-jenis
skin:

1.       Kulit Normal – Liang pori yang
kecil, kulit yang licin dan kurang berjerawat.

2.       Kulit Berminyak – Liang pori yang
besar, blackhead, jerawat dan wajah sering berminyak.

3.       Kulit Kering- Mudah untuk mendapat
garis halus dan kedutan.

4.       Kulit Kombinasi- Berminyak di
kawasan hidung, dahi dan dagu. Kering di bahagian pipi

5.       Kulit Sensitif- Kulit kering,
kemerahan dan cepat terasa gatal.

 

Tips Pilih
Pencuci Muka or Cleanser:

1.       Jenis yang boleh cuci bersih deep
clean pori

2.       Tidak mengeringkan kulit

3.       Tekstur soft and watery

4.       Melembabkan kulit muka

Ops,
Bagaimana jika tersalah pilih cleanser?

Sekiranya
tersalah memilih cleanser, maka pori mula tersumbat, kulit akan mula
mengeluarkan jerawat, blackhead, jeragat dan sebagainya isu berkaitan masalah
kulit.

Kalau nak
tahu, ciri-ciri pencuci muka yang sesuai ada pada Hansaegee
Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
. Apakah Hansaegee Nature Aloe
AC Clean Bubble Cleanser?

150 mL

Cleanser
keluaran brand Hansaegee Nature ni adalah sejenis cleanser yang berbuih (foam
cleansing form). Kandungan utama di dalamnya ialah Aloe Barbadensis Leaf &
Tea Tree Leaf Oil. Yang paling penting ianya adalah Paraben-Free, Sulfate-Free,
Alcohol Free.

Kelebihan
dan kebaikan yang dimiliki Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser:

1.       Mencuci pori muka secara mendalam.

2.       Menghapuskan sebum (minyak) pada
muka.

3.       Menyembuhkan jerawat, merawat
kerosakan kulit, menyejukkan kulit muka dan mengurangkan kerengsangan muka.

Picit-picit, keluarlah foam yang sangat
lembut dan halus teksturnya.

Watery bubble, tekstur buih yang
lembut dan melembapkan muka.

Bagaimana menggunakannya?

1.       Basahkan tangan dan letak cleanser
secukupnya di atas tangan.

2.       Sapu dan urut lembut cleanser pada
muka.

3.       Basuh muka dengan air suam.

Feedback Nona mengenai Hansaegee
Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
:

Best! Selepas menggunakannya, kulit muka Nona takda rasa sakit, gatal
gatal atau naik kesan merah merah.. Langsung takda effect yang teruk… Kulit Nona
terasa moist je dan kurang berminyak setelah menggunakannya beberapa hari.
Mungkin disebabkan teksturnya tu berbuih halus dan banyak, so ianya dapat
membantu clean pores deeply. Hehee.. Bila pori kita dicuci bersih, dan tak
tersumbat, barulah masalah blackhead dan jerawat takda. Ha, nampak tak betapa
pentingnya pilih cleanser yang sesuai untuk mencuci segala kotoran yang
menempek kat muka??

Bertambah best bila cleanser ni tidak mengeringkan kulit muka, dan muka
kelihatan lebih segar. Kulit wajah jugak terasa bersih dan lembut bila menggunakan
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Ehhh, best lah! Bagi Nona,
cleanser ni sesuai dengan kulit muka Nona yang memang sering berminyak pada
asalnya. Ini bermakna, bahan-bahan semulajadi yang terkandung dalam cleanser ni
sesuai dan selamat dengan kulit Nona serta kebanyakan peringkat umur! Yahoo!
Senang dah jumpa yang cleanser yang sesuai, takyah pening-pening lagi nak cari
mana satu cleanser yang sesuai kulitku.

 

Oh ya! Cleanser ni botolnya ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana
sahaja. Jadik tak perlu risau tentang nak letak dan simpan cleanser di mana
mana pun. Kulit muka tetap terjaga walau di mana pun kita berada. 

Senang hilangkan makeup tanpa
memerlukan make up remover. Terus mencuci pori muka dengan lebih mendalam.
Clean!

Pilihan sepanjang masa

Ok. Nona
memang suggest terus cleanser yang sesuai dengan semua kulit, brand Hansaegee
Nature ni…. Korang kena try. Rasai kelebihannya. Ingat, Jangan tersalah guna
cleanser ya! Kulit muka sihat dan terjaga, barulah happy sendiri tengok dan
sentuh, kan! Boleh refer info di bawah untuk pertanyaan dan info lanjut. 

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *