Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Assalamualaikum
Pakej percutian ni CF tempah melalui Groupon.Korang boleh cari dalam groupon macam-macam pakej percutian yang murah termasuk la pakej cruise ni.Harga pakej ni hanya RM596 untuk 3 hari 2 malam.Satu malam atas cruise dan satu malam di Hotel Flamingo Tanjung Bungah penang.
Dalam pakej ni korang boleh pilih nak naik cruise dulu atau tido kat flamingo dulu..terpulang korang..pakej cruise termasuk dinner dan breakfast untuk 2 orang.Kalau nak bawa anak-anak ada caj tambahan tak silap CF rm40 per pax.
Bila korang dah beli pakej ni melalui groupon, sila alert email dari groupon.Sebab ada caj tambahan macam caj fuel dan lain2 lebih kurang sorang rm80.Lepas buat bayaran baru korang akan terima baucer dari groupon.Baucer tu sila print dan bawa masa nak check in.
Jeti tempat naik dan turun cruise ni kat Sweettenham Pier Cruise Terminal, Pengkalan Weld.Bersebelahan je dengan jeti feri Penang tu.
Untuk parking kereta korang boleh parking kat sebelah jeti tu memang khas untuk guest cruise.Free je parking situ.
Nak tau apa pengalaman CF naik cruise ni ke?Best la juga…tapi jangan amik pakej lama atas cruise.Nanti korang mati akal atas cruise tu.Silap haribulan ada yang terjun laut..hahaha
Cruise ni tak berhenti mana-mana.Dia bergerak sekitar perairan Penang je.
CF harap info kat atas membantu untuk sesiapa yang teringin nak naik cruise.
Enjoy your vacation! Salam sayang.
Kat bawah ni CF share gambar atas cruise untuk tatapan korang.
Superstar Libra Cruise
Flamingo Hotel Tanjung Bungah