Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Percutian budget dengan Scubajeff di Pulau Mabul Semporna Sabah ~ Nukilan Cikgu Fad

Percutian budget dengan Scubajeff di Pulau Mabul Semporna Sabah ~ Nukilan Cikgu Fad

Assalamualaikum…

No transport sekitar semenanjung : Suzanni 017-3400150
No transport tawau – semporna : En. Jamal 016-8182491
Penginapan : klik sini Scubajeff

Seronoknya bercuti kat Scubajeff Pulau Mabul, Semporna Sabah…sampai sekarang masih terasa lagi suasana kat sana…kenapa cf cakap seronok bercuti di scubajeff dan bukan seronok bercuti di Pulau Mabul??

Ada beza antara dua tu tau…korang boleh bercuti di Pulau Mabul kat chalet lain tapi korang takkan dapat keseronokan yang sama yang ada di scubajeff…ini bukan cerita bohong…cf cerita dari hati…cf tak dibayar untuk tulis semua ni..hehe…so,jom baca pengalaman cf kat sana….

Percutian ni cf yang buat sebab memang teringin sangat nak ke Pulau yang dikatakan antara Pulau terbaik di dunia…maksud terbaik tu kecantikan dalam laut tu tau…tapi kalau tengok dari atas pun dah cantik…apa lagi kat dalam tu…hehe..cf tanya kawan2 ramai gak yang nak ikut…akhirnya kami dapat pegi 11 orang…tiket flight dan transport kat sana cf yang urus…penginapan cf bagi kawan cf Siti Nur Firdaus uruskan..kredit untuk dia…bila bekerjasama macam ni semua kerja jadi ringan kan…

Transport dari rumah ke lcct sepang cf guna khidmat van sewa yang murah…van dia besar, baru dan murah..dan dia memang bawa,ambil dan hantar pelancong ke merata tempat..kalau korang perlukan transport sekitar semenanjung korang boleh contact terus kat dia untuk deal harga..inshaAllah dia sangat baik hati dan boleh pertimbangkan harga..hehe..

Bila smpai aiport Tawau korang perlukan transport gak untuk bawa korang ke jeti
semporna…atau kalau  korang tak ramai boleh naik teksi je..tak silap
cf teksi rm40..untuk transport kat sana harga cf dapat boleh dikatakan murah..dapat diskaun Rm150…dapatla rm500 bawa kami dari aiport ke semporna dan semporna ke aiport..pastu sebelum balik dia akan bawa kita shoping kat tawau, makan sup payau dan baru hantar ke aiport… kat bawah ni cf bg no bas yang cf naik tu..bas tu macam van..muat 11 orang..rm500 tu kami share 11 orang jadi sorang bayar rm46 sahaja….

Untuk penginapan kawan cf pilih Scubajeff….ok..tak kesah asalkan ada tempat tido..tak mewah takpe..sebab kita ke sana untuk aktiviti laut…duduk bilik bila malam je…tu pun kul 1 atau 2 pagi baru masuk tido…enjoy sangat kat sana dengan aktiviti macam2..so buat apa bilik mahal2 kan??rupanya memang tak rugi amik scubajeff…

Cf kat sana 3 hari 2 malam dengan pakej scubajeff…harga pakej hanya rm370 per pax merangkumi :

*penginapan

*makan 3x sehari

*boat transfer

*snorkeling 2x

*bbq

*tengok bintang atas deck

*pusing melawat kampung  bajau dengan guide

*Dan layanan kelas 1

Serius sepanjang cf travel 1 malaysia ni memang tak dapat layanan macam rumah sendiri..korang hanya boleh dapat di scubajeff je…abg jeff sendiri akan teman korang makan..main gitar..nyanyi lagu ramai2..ambik gambar korang..rakam video…edit video dan masuk youtube…kelas tak??hehe..dan kalau dia tak sibuk,dia sendiri akan teman korang snorkeling atau diving dan amik gambar korang…

5

Pulau Mabul memang best…kami dipanggil orang asli dengan abg jeff sebab jakun tengok laut,penyu,ikan kat sana..hahaha…serius cantik!!bangun tido pagi2 korang boleh terus jenguk tingkap bilik dan tunggu penyu berenang2 cari makan kat situ..tak tipu ni..betul…hehe…biasanya penyu akan datang waktu pagi lepas subuh dan waktu malam…korang tunggu je la depan chalet tu..sambil borak2 tiba2 mesti ada yang jerit “eh,penyu..penyu!! hahaha..jakun betol..abg jeff pun belakon jadi jakun..adeh..happening gila…

Satu lagi yang istimewanya kat scuba jeff ni depan chalet tu je ada taman laut..maksud taman laut adalah kat situ ada coral….ada ikan nemo..ada belut laut…ada tapak sulaiman kaler merah,hitam,biru,oren…ikan warna warni..ada kuda laut…ada lionfish kaler merah..cantik sangat…macam kat laut dalam..padahal depan chalet tu je pun..hehe..pagi2 lepas subuh korang boleh terus tukar baju mandi lepas tu bedebuss terjun depan chalet..snorkeling tengok nemo…bagi ikan makan..pastu tetiba nanti korang nampak penyu lalu bawah korang…serius beb!!hehe…sangat mengagumkan…inilah keindahan yang perlu kita jaga..Terima kasih kepada abg jeff dan insan2 kat sana yang menjaga alam lautan ini kerana andalah kami masih dapat menikmati keindahan tu….dan tugas kita pulak menjaga alam sekitar bila datang sana…jangan suka2 buang smapah merata2…tangkap ikan ke..hehe..jangan tau…simpan untuk anak cucu kita nak tengok lak pasni….

kat sana nanti mesti akan datang budak2 bajau laut dengan sampan unik dorang..korang boleh minta pinjam sampan dorang untuk pusing2 laut kat situ..best gilak!!hehe..cf naik je dah 3 kali…sape tak naik memang rugi..bila lagi nak merasa jadi orang laut kan??sampan dorg unik lak tu…tak sama dengan sampan tasik kat kl..hehe..masa dayung2 sampan tu pun seronok sebab boleh tengok bawah laut tu..pastu tetiba korang nampak penyu berenang kat bawah…3 ekor cf jumpa dalam 1 masa..biasa pagi2 la dia datang situ…pastu nampak tapak sulaiman kaler merah..ikan bebaris2…hee..rugi sape tak cuba!lepas pinjam sampan budak bajau tu korang bagila dorang rm2 ke buat duit jajan…dorang comel2 dan cantik2…

Duduk sana korang akan puas makan seafood yang fresh..tak yah susah2 pegi pasar sebab banyak sangat orang bajau datang ke chalet tu bawa ikan,ketam,lobster…harga murah..boleh tawar menawar..dan biasanya abg jeff atau staff yang akan tawarkan harga dengan dorang..sebab dia je tau harga semasa seafood kat sana..ketam besar2 hidup lagi…ikan masih berlendir kadang masih hidup…losbter menggeletek atas sampan dorang..semua fresh!! korang boleh minta tukang masak tolong masakkan dan akan ada sedikit caj untuk upah dorang siang dan masak…alhamdulillah puas hati…ketam manis..lobster manis..ikan manis….orang yang  makan pun manis2 belaka..hehe..
Malam pulak korang boleh tido atas deck berbumbungkan bulan , bintang dan langit…bawah korang ada ikan dan penyu berenang-renang..pastu dengar bunyi ombak debush…debush. ..sambil makan keropok…hehe…kena try tu sebab memang tak dapat kat tempat lain..

Jom layan gambar :

Penyu tepi chalet..nampak tak??

 Clear water at Mabul island

 Sarapan pagi dalam sampan dan atas pelantar yang digenangi air yang jernih

Inilah taman laut depan chalet…nampak kerusi dalam laut tu?tu bukan
tanda laut tu kotor..tapi itu adalah rumah ikan2 dan hidupan laut tu…



Budak2 bajau..


 Lobster dan ketam

Untuk lawatan ke kampung Bajau,korang akan dibawa oleh staff scubajeff…aritu kami pegi manager scubajeff sendiri yang bawa kami..Tahil nama dia..hensem..hehe…baik lagi tu…dia bawa pusing kampung,cantik…korang akan masuk ke kawasan hotel mewah..apa ke nama hotel tu..lupa lak..tapi pastu korang boleh mandi kat pantai situ la…pasir dia putih dan cantik…dan ada kedai cenderahati kat kampung bajau tu..kalau korang nak beli mutiara baik beli kat tawau…minta van tu bawa sebab ada 1 kedai yang murah kat sana….kalau nak fridge magnet pulau mabul atau sipadan korang kena beli kat kampung tu sebab kat tawau takde jual…cf la tak dapat beli..sebab ingat kat tawau ada jual gak…huhuhu..sedih..

Untuk shopping kat tawau korang boleh pergi pasar tanjung,situ ada jual baju2,mutiara dan cenderahati..pegi pasar ikan masin..situ ada jual ikan masin dan kuih2 traditional…pastu sebelum ke aiport korang kena makan sup payau dekat sebelah aiport tu…sedap gak…

Ops sebelum terpula cf nak ucap terima kasih buat rakan blogger kita iaitu 

yang telah datang berjumpa dengan kami kat kedai makan sup payau tu…dua blogger antara benua berjumpa…hehe…kancil ni orang semporna tapi mengajar di tawau..terima kasih cikgu sebab tolong saya kat sana.! 🙂

ok..cukup la kot review cf kat sana…kat bawah ni cf bagi budget untuk ke sana buat rujukan korang okey!

Budget ni untuk seorang tau!

Tiket flight : Rm306 ( return )

Van : rm46

Pakej : rm370

Shoping : Rm100

Beli seafood rm50

Total : rm872

*Tiket flight korang boleh dapat lagi murah..rajin2 la tengok web airasia

ok korang..semoga review cf dapat membantu percutian korang…

InshaAllah korang takkan rugi pilih pakej ni..puas hati..cf bagi 5 bintang untuk layanan terbaik abg jeff dan staff sana!

Salam jumpa lagi..

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *