Gambar mayat William Yau Zhen Zhong di Jeti Sungai Sireh. Polis syaki bahawa penemuan mayat kanak-kanak itu adalah William budak dilaporkan hilang beberapa hari yang lalu. Sehubungan itu, pihak keluarga william dipanggil untuk mengesahkan mayat tersebut. Sebelum ini, hebahan mengenai kehilangan William memang dah terpapar kat seluruh media dimana pihak keluarga sanggup memberikan habuan yang tinggi jika menjumpai anak mereka.Berdasarkan laporan polis, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan antara enam hingga tujuh tahun ditemui tersangkut di tepi bot di Jeti Sungai Sireh berhampiran Flat Sri Perantau. Mayat yang belum diketahui identitinya itu ditemui masih berkemeja T kolar bulat dengan tulisan ‘Active Group, Best Team’ berwarna jingga kekuningan.
Ketika ditemui orang awam kira-kira jam 6.30 petang tadi, mayat itu memakai seluar pendek yang sama warna dengan bajunya dan dalam keadaan tidak memakai kasut. Polis sedang melakukan siasatan bagi menentukan adakah mayat itu William Yau Zhen Zhong, iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya, minggu lalu.
Setakat ini, ujian DNA sedang dijalankan untuk mengenal pasti adakah mayat yang dijumpai itu adalah William. Laporan selanjutnya menyusul kemudian.Laporan Terkini Isu William
Polis hampir 75 peratus pasti bahawa mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput yang ditemui di jeti Sungai Sireh dekat rumah flat Sri Perantau, Klang kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebagai William Yau Zhen Zhong.
Walaupun mayat kanak-kanak itu reput sepenuhnya, tetapi ibu bapa William Yau yang dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pukul 11 pagi tadi dikatakan dapat mengesahkan parut di dahi kanak-kanak malang itu. Apapaun, laporan keputusan DNA akan diumumkan tidak lama lagi.
Sumber: Gambar Mayat Disyaki William Yau Di Jeti Sungai Sireh | melvister.com







{ 0 comments… add one now }